finaL day + birth day

"Yey.... Kak Ti dah bersalin..!"

Pagi ni aku terima berita yang menggembirakan... Kak Ti dah selamat melahirkan baby perempuan, seberat 2.66 pada jam 3.15 pagi tadi... Alhamdulillah...semua selamat...! Tahniah pada kak ti juga abang shah.... Hari ni juga merupakan hari pertama final exam kami... kesian pada kak ti, sebab tak dapat sama-sama berjuang dalam bilik peperiksaan tonyoh kertas jawapan Audit... 



 first time pegang baby berumur satu hari...rasa macam dekat sangat kat hati...hmmm~


*****
A day before...

Dekat 1030 malam aku, ina, citah dengan niza bertolak balik dari rumah baru sally dek kerana study hard untuk paper Audit.... Chapter 4, 5, 6, 7,10, 17, 18 - Tujuh chapter dalam satu hari yang hening... dengan 5 kepala otak yang separuh sedar, pakaian yang tak terurus... Itu lah kami setiap semester... 

"Hai...kenapalah kite tak nak study awal-awal..." persoalan yang sering keluar setiap kali final sem tiba...

"Boleh ke nak jawab paper besok nih? Menyesal tak study awal-awal.." 2006, 2007, 2008, 2009, hinggalah kelahiran Asma' Saffiyah...[ ehh...betul ke ejaan aku ni?] 2010.... Ayat yang sama setiap kali final semester bermula... Tapi tak pernah sekali pun kelima-lima otak ni berubah.... Pengakhirannya, tujuh chapter terpaksa di present, di intrepret dalam masa sehari... No limit..~ 

Comments

Post a Comment

Popular Posts